14 Januari 2013

SENYUM

Permulaan Yang Baru

Assalamualaikum dan selamat petang...

Semasa aku menulis cuaca mendung saja, nie tandanya hujan dah nak turunlah tidak lama lagi... bestnya sebab dapatlah aku mandi hujan... dah besar-besar macam nie pun aku masih lagi nak mandi hujan... aku peduli apa, dah aku memang macam nie, nak buat macam mana lagi...

Walaupun mendung di luar sana tapi aku nie tak 'mendung' sebab tahun baru nie aku dah berazam yang aku nak mulakan kembali kehidupan ku yang lebih baik dari hari semalam. Biar semua sejarah yang lalu aku lupakan... Kalau boleh aku nak saja hilangkan semuanya dekat kepala otak nie tapi apa kan daya tak boleh sebab kepala otakku nie bukannya komputer yang boleh diprogramkan semula...

Setakat ini sajalah untuk hari ini... Mulakan harimu dengan SENYUMAN! tapi hari dah petang dah nie macam manalah aku nak mulakan erk... hahahah... SENYUM SELALU wahai sahabatku dan jodohku yang entah di mana dia berada...

0 Komen:

Catat Ulasan