26 Julai 2013

Kuatkan Dirimu

0 Komen
[pemilik asal]

Masih di sini tetap menanti jawapan dari-Nya...

Jawapan dari doa yang ku panjatkan kepada-Nya...

Erk??? sampai bila aku harus menanti jawapan dariMu ya Allah???

Tempelak muka sendiri... kenapa aku macam nie... mungkin ini adalah satu ujian dari-Nya...

Allah mungkin saja nak uji aku... jauh mana tahap Iman aku... Mungkin Allah saja nak bagi kejutan kepada aku dan bagi yang lebih baik dari apa yang aku pohon kepada-Nya..

Sabarlah wahai hati.. Aku tahu mungkin aku dah banyak buat salah dan tak pernah rasa syukur dengan apa yang telah KAU beri kepadaku selama ini...

Lemahnya diri ini ... Ya Allah!!!

Masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam mengejar Redha-Mu... Mungkin sebab dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini telah membuatkan aku seperti ini...

Aku tahu tak mudah untuk kita menjadi baik tapi aku cuba juga demi kesilapn yang telah ku lakukan sebelum ini...

Ya Allah, 
mampukah KAU memaafkan hambamu yang hina ini...
mampukah KAU menghapuskan dosa yang telah aku lakukan...

Aku tahu,
KAU Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang...
Walau sebanyak mana pun dosa yang hambamu lakukan... KAU pasti ampunkan dosanya selagi hambamu ini bertaubat sesungguhnya...



teresak sendiri

betapa hinanya diri ini... Bila susah baru nak ingat pada-Nya tapi masa senang kita dah lupa yang selama ini DIA lah yang telah menolong kita... Inilah diri kita sebenarnya...

Kita tak sedar Allah sentiasa bersama kita... Tak kira susah ataupun senang...

Membimbing kita...

Menguji kita...

Dialah peneman yang terbaik...

Insafi diri... Tanya diri, sampai mana kita masih ingat pada-Nya???

Jangan salahkan sesiapa jika diri tak sehebat mana pun... Kita hanya hamba pada-Nya...  

24 Julai 2013

Lagi-Lagi Selipar Kena Curi

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Belia Benci Pencuri Selipar
[Pemilik asal]
Alhamdulillah sekarang dah masuk puasa yang ke-16... In Sha Allah malam nie Qunut dah.... Aku tengok, semakin nak habis bulan Ramadhan nie semakin kurang pulak orang pergi ke masjid nak solat terawih... Mungkin sibuk nak buat persiapan nak beraya kot???? 

Lelaki pun nak beraya jugak kan??? aishhh, semua tu boleh atur bah... 

Solat terawih nie bukannya selalu pun, sekali dalam setahun baru kita jumpa bulan mulia dan penuh rahmat nie... 

Tapi kan... kita pergi ke masjid nak solat terawih secara berjemaah nak dapat ganjaran yang sepatutnya ... betul tak??? 

Apasal ada jugak yang masih nak buat dosa... Curi selipar orang sehinggakan menyusahkan orang lain... 

Kalau dah selipar kena curi macam mana nak balik.. kaki ayam??? dah lah rumah jauh.. balik pun terpaksa berkaki ayam... 

Apa punya pencurilah orang nie... dah tak boleh nak beli seliparkah sampai selipar orang lain pun kau nak kebas... 

Betulkanlah niat tu wahai "si pencuri selipar" bila nak ke masjid... Kesian dekat orang lain... Macam mana kalau perkara nie terjadi dekat dirikau pulak... Mesti frust menonggengkan...

Aku pun tak tahulah kenapa perkara seperti ini mesti terjadi setiap masuk bulan puasa... Semoga orang-orang seperti ini akan bertaubat dan tak lagi menyusahkan orang lain...

9 Februari 2013

Rindu Dengan Blog dan Selamat Tahun Baru Cina

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindu Dengan Blog dan Selamat Tahun Baru Cina

Memang dah lama rasanya Senget tak update blog... rindu pulak dengan blog senget nie dan kawan-kawan semua... Biasalah Senget memang sibuk dengan hal-hal dekat luar sana yang mungkin tak akan habis punya. Maka, Senget kuatkan diri ini untuk menaip serangkap dua perenggan untuk tatapan kawan-kawan yang rindu dengan Senget nie... hehehe... Adakah juga yang rindu dengan Senget nie? Kalau ada , gembiranya hati ini...

Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh seluruh kamu Cina pada 10 Februari 2013 yakni esok, maka, Senget nak ucapkan Happy Chinese New Year and Gong Xi Fa Cai... Bagi yang bercuti dan dalam perjalanan pulang ke kampung tu, hati-hati dalam perjalanan, biar lambat asal selamat. Harap sampai ke destinasi dalamkeadaan selamat.

17 Januari 2013

Listen! Listen! Listen.... Listen!!!!

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Listen! Listen! Listen.... Listen!!!!
Dengarlah bila orang nak bercakap nie weiii, jangan buat aku tunggul saja di sini. Air liur aku nie pun boleh habis juga dan satu lagi penat tau bibir aku nie mengalunkan kata-kata manis untuk sekadar jamahan telinga kamu tu.... Bila dah penat membebel sendiri dekat depan cermin kononnya nak beranikan dirilah bila berucap depan orang ramai. Padahal diri sendiri bila saja berada depan orang ramai tu mulalah gagap nie nak datang. Aku cuma boleh beranikan diri saja bila berucap depan orang sedangkan lutu dekat bawah tu menggeletar sebab takut... hahaha

Inilah pengalaman aku bila saja diberi tanggungjawab untuk membuat ucapan di depan pelajar-pelajar lain. Memang excited sangat sampai lutut menggeletar pun tak dirasa... Pengalaman nie dah lama dan sejak dari itu, aku dah ada keberanian sikit... sikit saja bukannya banyak mana pun... Oklah tu dari tiada langsung...

Bercakap pasal fenomena listen! listen! listen!....listen! memang mensiotkan... Ini semua dicetuskan oleh Sharifah Zohra Jabeen yang sebenarnya beliau perlu berfikir kenap perlu dia meminta respect dari orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu memberi respect kepada orang lain... Easy! think before you speak...

Aku malas nak ulas panjang-panjang sebab ini semua akibat tidak menggunakan akal fikiran dan tidak berfikiran terbuka... Di manakah sifat profesional yang harus ada pada seorang seperti beliau....?

14 Januari 2013

Permulaan Yang Baru

0 Komen
Assalamualaikum dan selamat petang...

Semasa aku menulis cuaca mendung saja, nie tandanya hujan dah nak turunlah tidak lama lagi... bestnya sebab dapatlah aku mandi hujan... dah besar-besar macam nie pun aku masih lagi nak mandi hujan... aku peduli apa, dah aku memang macam nie, nak buat macam mana lagi...

Walaupun mendung di luar sana tapi aku nie tak 'mendung' sebab tahun baru nie aku dah berazam yang aku nak mulakan kembali kehidupan ku yang lebih baik dari hari semalam. Biar semua sejarah yang lalu aku lupakan... Kalau boleh aku nak saja hilangkan semuanya dekat kepala otak nie tapi apa kan daya tak boleh sebab kepala otakku nie bukannya komputer yang boleh diprogramkan semula...

Setakat ini sajalah untuk hari ini... Mulakan harimu dengan SENYUMAN! tapi hari dah petang dah nie macam manalah aku nak mulakan erk... hahahah... SENYUM SELALU wahai sahabatku dan jodohku yang entah di mana dia berada...