24 Julai 2013

SENYUM

Lagi-Lagi Selipar Kena Curi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Belia Benci Pencuri Selipar
[Pemilik asal]
Alhamdulillah sekarang dah masuk puasa yang ke-16... In Sha Allah malam nie Qunut dah.... Aku tengok, semakin nak habis bulan Ramadhan nie semakin kurang pulak orang pergi ke masjid nak solat terawih... Mungkin sibuk nak buat persiapan nak beraya kot???? 

Lelaki pun nak beraya jugak kan??? aishhh, semua tu boleh atur bah... 

Solat terawih nie bukannya selalu pun, sekali dalam setahun baru kita jumpa bulan mulia dan penuh rahmat nie... 

Tapi kan... kita pergi ke masjid nak solat terawih secara berjemaah nak dapat ganjaran yang sepatutnya ... betul tak??? 

Apasal ada jugak yang masih nak buat dosa... Curi selipar orang sehinggakan menyusahkan orang lain... 

Kalau dah selipar kena curi macam mana nak balik.. kaki ayam??? dah lah rumah jauh.. balik pun terpaksa berkaki ayam... 

Apa punya pencurilah orang nie... dah tak boleh nak beli seliparkah sampai selipar orang lain pun kau nak kebas... 

Betulkanlah niat tu wahai "si pencuri selipar" bila nak ke masjid... Kesian dekat orang lain... Macam mana kalau perkara nie terjadi dekat dirikau pulak... Mesti frust menonggengkan...

Aku pun tak tahulah kenapa perkara seperti ini mesti terjadi setiap masuk bulan puasa... Semoga orang-orang seperti ini akan bertaubat dan tak lagi menyusahkan orang lain...

0 Komen:

Catat Ulasan