9 Februari 2013

Rindu Dengan Blog dan Selamat Tahun Baru Cina

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rindu Dengan Blog dan Selamat Tahun Baru Cina

Memang dah lama rasanya Senget tak update blog... rindu pulak dengan blog senget nie dan kawan-kawan semua... Biasalah Senget memang sibuk dengan hal-hal dekat luar sana yang mungkin tak akan habis punya. Maka, Senget kuatkan diri ini untuk menaip serangkap dua perenggan untuk tatapan kawan-kawan yang rindu dengan Senget nie... hehehe... Adakah juga yang rindu dengan Senget nie? Kalau ada , gembiranya hati ini...

Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh seluruh kamu Cina pada 10 Februari 2013 yakni esok, maka, Senget nak ucapkan Happy Chinese New Year and Gong Xi Fa Cai... Bagi yang bercuti dan dalam perjalanan pulang ke kampung tu, hati-hati dalam perjalanan, biar lambat asal selamat. Harap sampai ke destinasi dalamkeadaan selamat.

17 Januari 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu

15 Komen
Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang MampuAssalamualaikum dan salam sejahtera....

Ini merupakan segmen pertama yang Senget join. Harap dengan ini dapatlah Senget berkenalan dengan rakan-rakan yang sebelum ini tak pernah jumpa dan tak pernah kenal langsung. 

Ok, Yaya nak Senget buat karangan SPM kah, PMR kah atau UPSR. tapi pilihan Senget baik pilih karangan budak UPSR saja, pendek dan ringkas. Bukannya apa, orang sekarang nie bila tengok yang panjang-panjang mulalah datang bosannya. hahaha... betul tak ? tak payah nak sorok2lah...

Nak ajak macam mana sebab Senget belum ada kenalan lagi sebab itulah Senget join segmen nie... kuang..kuang...kuang...

Listen! Listen! Listen.... Listen!!!!

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Listen! Listen! Listen.... Listen!!!!
Dengarlah bila orang nak bercakap nie weiii, jangan buat aku tunggul saja di sini. Air liur aku nie pun boleh habis juga dan satu lagi penat tau bibir aku nie mengalunkan kata-kata manis untuk sekadar jamahan telinga kamu tu.... Bila dah penat membebel sendiri dekat depan cermin kononnya nak beranikan dirilah bila berucap depan orang ramai. Padahal diri sendiri bila saja berada depan orang ramai tu mulalah gagap nie nak datang. Aku cuma boleh beranikan diri saja bila berucap depan orang sedangkan lutu dekat bawah tu menggeletar sebab takut... hahaha

Inilah pengalaman aku bila saja diberi tanggungjawab untuk membuat ucapan di depan pelajar-pelajar lain. Memang excited sangat sampai lutut menggeletar pun tak dirasa... Pengalaman nie dah lama dan sejak dari itu, aku dah ada keberanian sikit... sikit saja bukannya banyak mana pun... Oklah tu dari tiada langsung...

Bercakap pasal fenomena listen! listen! listen!....listen! memang mensiotkan... Ini semua dicetuskan oleh Sharifah Zohra Jabeen yang sebenarnya beliau perlu berfikir kenap perlu dia meminta respect dari orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu memberi respect kepada orang lain... Easy! think before you speak...

Aku malas nak ulas panjang-panjang sebab ini semua akibat tidak menggunakan akal fikiran dan tidak berfikiran terbuka... Di manakah sifat profesional yang harus ada pada seorang seperti beliau....?